Aku memang tak paham lah sangat

Posted: Sunday, November 22, 2009



P/s playstation : budak ini kenape weh, tolong la terangkan.

Karangan seorang budak darjah empat yang saiko

Posted: Saturday, November 21, 2009
Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya
naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.

Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di
dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.

Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat
lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai dengan menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut
dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat
sebelum saya mati.

P/S playstation : aku pening teros, anda?

Persoalannya

Posted: Friday, November 20, 2009
Babak dramatik : aku balek wiken bawak buku banyak dengan harapan ponteng dua hari nanti menjadi lebey bermakna, tambahan pula, humwok memang tahap mebunuh la banyak-nya. *eh, tanye siket, aku engat dulu tyme skula je humwok banyak, ape cer da masuk IPTA pon nak banyak lagi. Fed up ah.*

Babak dua kali ganda dramatik : Da beli movies banyak2. Teros nak pegi sri gumbak buat movies marathon. 2 hari ponteng mawu pegi Perak pula. huahhuahuah. *humwok itu majoriti antaranya adalah humwok berpasukan, maafla pasukan, teruskan la perjuangan dahulu sementara aku tiada di bumi nilai. hahaha.*

Pendek bukan entri neh?

haha

keyboard off.

P/S playstation : hoi rakan-rakan, jom maen game menjana IQ. apekah perkataan yang paling banyak di gunakan dalam entri terhebat paling sengkat neh?
Jawapan : kanyab. *terbalekkan*
Menjana IQ bukan kah? hahaha.

Ko muda remaja, ko rasa ko hip and trendy.

Posted: Monday, November 16, 2009
YOU ONLY LIVE ONCE GUYS! SCREW IT, JUST DO IT!

Mesti ko rasa cam hip gile kan bile sebut mende neh. Yeah, muda hanya sekali, pe lagi, kite enjoy ah puas-puas, nanti da kawen, da tuwe, da beranak-pinak, baru la dok senyap-senyap, dahi kasik cecah sejadah sikit.. n bla bla bla.

Assalamualaikum ta jawap dosa. Lupe ah weh nak kasik salam, excited nak buat intro berunsur provokasi... hahaha.

Sebenanye-kan, muda itu bukan-nye ONCE, tapi TWICE. ha, tayah nak buat muke sangsi macham tu la. Meh aku nak justify. Ye, serius, muda itu dua kali.

Kenape pulak dua kali. Ko neh sasau ke hape hah nadiah??

Ta sasau la weh. Sebabnye aku kate muda itu dua kali adalah kerana, muda yang pertama adalah di dunia. Di alam dunia. Dan muda kedua nanti di syurga. Di alam syurga yang kekal selame-nye. Yang InsyaAllah, kita semua akan masuk tapi bukan dengan cara yang senang kachang mak lodeh.

As all of you already know, eh tetibe ter-talk in english pulak la kan, seperti yang aku rase ko da tawu, neh menurut kata-kata sebahagian ulama' la kan, ahli syurga semua-nya muda-muda belaka, sekitar umur 30-an. Itu pasal aku kate kita akan muda dua kali.

Aku kekadang pelik ah bile orang yang macham educated, macham intelek, macham masuk U hebat la kunon-nye, macham amek kos gempak la bujet-nye, tapi cakap mende merapu, enjoy bile maseh mude la, ko buat je ikot kepale ko ape mende yang ko nak, nanti da tue ko taubat la, dan bla bla bla. Eh, ko tak rase ko tu sebenanye macam otak letak kat punggung bile ko berak ke hape ko flush, tu pasal ko cakap gaye orang tade otak. Ok. Sori kalu bahasa aku sangat la kasar. Tapi, honestly aku tak paham.

Okeh la, kalu ko kate ko tade ilmu agama mendalam. Ko tak masok skula maahad ke, SMA ke, hape la lagi kan alasan ko nak kasik. Tapi cube kalu ko gune logical thinking ko, ko observe ko punye pesekitaran, ko bace berite, ko tengok news, ko ade nampak tak yang ntah sempat ntah tak ko nak tuwe? Cube kalu ko mati katak time tuh ko tengah mude remaje la lagi, sempat ke ko nak betaubat bile ko da tuwe? harapan ah nak taubat, tuwe pon ta sempat kan??! eh, memang tahap otak kat kepale lutot la kalu ko pike da tuwe baru nak taubat, tuwe baru solat, tuwe baru tutop aurat, tuwe baru pegi haji doa depan kaabah kasik masok syurge. Dey tambi, kalu ye pon ko sempat nak tuwe, musti alasan ko nanti, "adeh adeh, lengoh lutot pak cik neh ha nak pegi masjed, adeh adeh tulang belikat pak cik tekehel la, macam mano eh pak cik nak smayang ha.... ala, mak cik tapayah pakai tudong pon takpo.. da menopos da pon, ta larat eh mak cik nak poso, mak cik dah tuwo neh ha...". keh. Bagus la tuh. Tu la, dulu bukan maen kekwat cakap tuwe nanti nak taubat la. Tua same, mude pon same. Dan yang jenis "life begin at forty, man is like wine" neh lagi la tak bole bla. Ini la pulak name nye, orang tuwe tak seda diri, maken tuwe lagi menjadi-jadi. Metafora nye macam footballers yang nak keja gol waktu kecederaan, gile betungkus lumus nak keja gol, same macam orang tuwe jenis tak seda diri, maken kuat kubo jerit-jerit suroh masok, maken la rakus nak buat maksiat.

Tu diaaaaaa.

Kekadang, macam aku sendiri dan rakan-rakan muda sebaya seangkatan aku la jugak eh. Kita tawu, tapi kita tak sedar. Ape beza dua mende alah neh? TAWU dan SEDAR. Okeh aku malas nak terang-terang macam tengah jawap soklan exam ke hape ntah, aku bagi contoh mudah je, ko tawu yang kapel tuh haram, tapi ko nak la jugak buat. Sebab pe? Sebab ko tak sedar yang bile ko buat mende haram tuh Allah murka kat ko. Sebab ko seronok sangat buat mende tuh, sampai ko rasa, alah, small da matter ah neh, stakat tepon2, klua jarang2, sms je kot, bile ade free video kol bole la gune, stakat tu je PON. Lagipon aku tawu la... La taqrabuzzina kan? yeah, hebat betol la ko neh. Itu la, bile mata hati ko da buta memang tahap kalu tuka kornea pon tak gerenti lagi bole celik balek *eh?*.

According tuh hadith Rasulullah, aku elaborate siket la eh, orang Mukmin akan lihat dosa dia seperi gunung yang akan menghimpap-nya, where as, orang "kaki maksiat" nampak bende tuh macam lalat yang menghirung hidung-nya saje. Halau siket, da la, datang lagi, halau lagi. Macam dosa dia la, buat la siket2, pastu, taubat la, buat lagi, taubat je la lagi. Ape susa? Macam tu la, hakikat diri, dan perbezaan orang yang tahu tapi tak sedar.. dan orang yang tahu dan dia sendiri sedar.

Ada lagi satu hadith aku nak elaborate la jugak, Hadith Nabi, riwayat al-Dailami, yang mane Allah kata, Allah suka orang yang bertaubat, lagi-lagi kalu orang muda itu sendiri yang bertaubat.

Maka, ape lagi kengkawan, rasa la takot siket buat dosa, oh silap, rasa la takot banyak kalu buat dosa, tapayah la jadi bengak sangat da tuwe baru nak taubat. Tapayah la jugak, asek nak taubat je, walaupon ye Allah itu Maha Penerima Taubat, sebab, bile ko asek ulang dosa yang sama and ko taubat lagi, ko buat lagi balek dan ko taubat lagi... bagi aku, aku rasa macam taubat ko tade value. ko ta rase ke macam tuh? Siries aku rasa.

Ingatla, nanti kat akhirat nanti, Allah takkan tanye pasal umur tuwa kita, dia akan tanya "ke manakah umur mudamu sudah di habiskan?" Sebab-nya, umur muda itu adala "aset" yang paling precious, dan umur muda ini jugak adala prime time dalam hidup.

Dan, ape la salahnye eh, kalu starting from now, maksud aku NOW, cube tanam azam, untok hargai masa muda, tanam azam, yang aku dan ko dan kamu semua, akan try untuk guna-kan masa muda yang sementara neh, untok kejar dan cuba dapatkan masa muda yang selame-nye nanti, that is, dekat syurga sana. Tapayah malu untok jadi baek. Eleh, aku tawu la, ko segan, orang kate ko stok2 budak masjid, stok-stok alim ulama' kan? ta nampak hip la eh. hahaha. tapayah ah nak sorok2 sebab honestly aku pon kekadang ada gak rase cenggitu. erk. hehe.

Okeh la. Macam panjang pulak. hahaha. tu la trademark aku. musti buat karangan 360+++++ patah perkataan je kalu bole. hahaha.

Keyboard off la ye.

P/S playstation : eh, aku ta tuju kat sesape eh entri neh. kalu ko terase muke ko blushing, ko rase telinga ko berasap je ta pasal2, pastu teros ko macham rase nak hanta email kat aku tulis "hello slut, ko cermin muke ko siket, kunon nak cakap berabok2 pasal agama la", makna-nya memang Alhamdulillah la sangat makna-nya ko ada kesedaran diri ko tak pasal-pasal nak terase. hahaha. No offence people. Hidup perlu saleng engat-mengingatkan. Ko ta puas hati bole je komen, tadenye aku nak tuju reaktor peledak nuklear kat kediaman ko. :P

Aku terase sangat, ko mesti tak kan? sebab ko rasa ko mat salleh.

Posted: Saturday, November 14, 2009
Layu

By : Malique (Too Phat) feat Tun Dr Mahathir

Sesungguhnya
Tidak ada yang lebih menyayat
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
Dari membiarkan bangsaku dihina

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa

Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah

Dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya

AKU NAK TUKAR SIKIT JE. SORRY MR. MALIQUE. KU LIHAT LAYU DALAM BANGSA
MELAYU ISLAM.

P/S playstation : series macam nak tuka kewarganegaraan jadi bangla ke endon ke hape, tamoh jadi melayu, tapi macam bodo pulak. itu lari daripada masalah, carik masalah baru, tak pasal2 kene tangkap dengan polis hanta balek Lombok ke Bawaen ke. ish. okeh.. ta mawu jadi me"layu" Islam yang layu, mawu jadi melayu Islam yang segar ---> bangsa me"nyegar". sape mawu ikot??

Aku suka, anda?

Posted: Thursday, November 12, 2009
eh eh, semalam baru post entri, hari neh ada lagi satu.. wah.. mesti ramai sujud syuko gumbira suka hati dapat baca hasil karya berbakat aku kan??? hahaha. okeh, ye, nah amek baldi neh, buat tadah muntah sebab loya ada jugak manusia perasan tak reti malu macham aku. haha. ala relaks la, disebabkan menggu neh tidak pulang ke bandar halaman kerana malas nak perabeh duet naek ktm lrt teksi, aku da nak kopak sebab scholar gedik tamoh klua lagi. keh, macam bese, assalamualaikum ta jawab dosa addi mannis *tone bangla*....!

walaupon ko orang semua musti ta tanye pon dan macam tamoh tawu pon, tapi, aku macam tak amek peduli oleh itu aku nak kasik tawu yang sem ini adala final sem aku menapak di Nilai the City of Civillization la sangat! hah ha.. lepas neh, tapayah la besusa payah nak ke nilai, membazer nak dekat 30 hengget setiap kali pegi-balek rumah every weekend. tapayah juge nak besempit dalam keretapi tanah melayu yang memang la @#$%%$# sangat. tapayah membazer nak dekat 8 hengget nek teksi pegi ktm dan laen2. tapi.... pasni, pasti kangen ye nanti dekat nilai neh. huh. ada je banyak mende yang aku suke pasal nilai neh kalu nak compare tuh PJ..*hahaha, boo PJ booo*.. tade la semua nye terok je. ahhhh.. sudah.. nak melankolik secara solo pule ko senyap ah!

eh, sem neh aku suke la. walaupon macam banyak la jugak subjek dan setiap subjek la pulak memang ta bole bla banyak esainmen dan task2 yang menyerabotkan usus dan pedal tak lupe juge hempedu. tapi aku suke. sebab ape.. meh nak cite. tu, ko yang buat muke bosan tu, yang menguap, yang julingkan mata, pegi skarang shut down komputer, dudok kat penjuru bilek senyap2, tanak bace tapayah bace. garang neh, sila rase gerun siket! hahaha.

sem neh, subjek yang aku amek semua-nya 6 je, compare ngan sem lepas sampai 9. sem neh, 4 core courses dan 2 lagi subjek menyemak name nye. eceh, ta la, subjek compulsary.
LawSoc, GPL 2, BLM, ITIL, Kitabah, BTQ.

Aku macam suke semuaaaaas subjek untok sem neh. walaupon aku ta tawu la macham bole ke tak nak skor, alah, mende tu smua masok ranking ke 8 dalam otak aku, yang penting aku suke subjek yang aku amek. haha. ade ke patot tak? lantak la. aku tak kesah, subjek tuh senang ke susa tapi bile aku suke, aku akan buat mende tuh sepenoh hati *eceh*. sirius tak tipu. haha

Kenapekah aku suke? sebabnye aku suke. noktah. haha.

tade la. Kalu macam LawSoc... aku suke sebab dia macham buat aku aware pasal mende sekeliling aku. Aku jadi macam sangat alert pasal envi dan ape yg jadi. Mende neh jugak aja aku cane nak think out of the box and tengok satu mende tuh bukan dari satu perspektif je. yeah, i like it, critical thinking yang tak la kritikal mane pon semenanye. haha. bole gak bagi aku chance untok keluarkan opinion aku sendiri. lepas tuh pulak, madam waheeda pulak aja. oh yeah, memang bapak segale luck la, haha. sem lepas dapat dia ntok ILH, aku dapat A la kot. Macam harap sem neh lawsoc pon nak A jugak. heh. haha.

Pastu BLM, macam bes sebab, jadi kan aku macham outspoken la jugek. Pastu pulak, kene banyak keje in group dengan kengkawan yang bukan orang2 yang bese lepak ngan aku. Macam bes sebab bole kenal orang baru, kalu tak boring gile muke same jugak ta abes2. Mende neh buat aku jadi cam berani, ta la malu mane nak becakap kat depan, pasal ada public speaking, mooting, and oso presentation yang wajib ade every week. Macham sangat suke la kot. walaopon kekadang rase cam nak buat headbanging kat dinding jamban je sebab tekanan la jugak asek2 kene present. haha.

ITIL + BTQ itu sangat refreshing. 2 subjek neh aku ase bukan la macam tengah blaja sangat pon. mende neh lebey kurang macam mende yang nak bagi aku sedar balek and engat balek dekat kite punye Creator dengan apa purpose hidop neh dan macam-macam kejadah tok nenek yang intriguing gile ah. Sirius. Aku macam excited gile nak masok kelas2 neh especially BTQ la. Macham pelik eh, kalu ikotkan tade da batch o8 amek BTQ da. kire aku soram ah... tapi pedulik pe.. aku suke je subjek neh ta kesah ah blaja dengan batch mane pon. tak amek port pon semua2 tuh. haha.

And Kitabah juge. 3 jam steret blaja arab itu memang kekadang buat aku ase cam tengah pregnant 5 bulan sebab loya bohsan gile mengadap tulisan jawi dengan ustazah yang asek skipping arabic dalam kelas. Tapi aku macham suke je. bes pe. teringat maahad. hahaha. menipu ah kalu denga ustazah kat sini cakap arab teringat maahad padahal ustazah BAT kat maahad asek kecek qlate je. haha. Memang la kalu ikotkan dari tadika lagi da stat blaja arab tapi still gak tak pro pro membuat kan aku macam bekoba2 gile nak blaja kitabah neh. hahaha. Kitabah neh kire satu je la lagi maharah ataupon skill yang aku kene amek ntok completekan 4 skills. skill2 len istima', qiraah, kalam semua da amek da sem lepas. seb bek seb bek. kalu tak memang separo nyawa ah nak attend kelas arab belambaq2 hahaha.

tu la ye kawan2.

Belaja itu sangat best. Macam nerd eh bunyi nye? ape engat aku pedulik ke ko nak kate aku nerd ke hape lantak ko la. Aku mane kaco orang. Hidop aku ta kaco hidop orang. Maka harapan aku adala supaya hidop orang juga perlu tak kaco hidop aku. haha.

Ta tawu ah. Neh baru kat matrik punye alam. kat main camp, macam harap blaja bole jadi bes macam skarang gak eh.

Adat ah penat sket, sebok sket, saket jiwa banyak. Kalu ko nak lepak semedang ko pegi ah jadi kutu rayau. ye tak?

Hahaha.

Keh la.

keyboard off.


P/S I playstation I: studeng life itu asyik. what say you? ;P tapi kekadang ada masa jugak perlu memaki hamun ape yang patot secara rahsia atau terang2an bile jiwa kacau banyak nak kaver dan ketika exam juge.

P/S II playstation II : oh lupe cite pasal GPL 2. okeh, GPL 2 pon bes sebab buat aku teringat kat umi bile madam bad stat mngepek. hahaha.

Kalu salah tolong tunjokkan saya budak baru belaja

Posted:
Assalamualaikum tak jawap dosa.

People, penah dengar tak mende neh "what you get is what you see". Walaupon aku tawu koram semua neh da tahap ape english mantap berabuk bole jadi dictionary bergerak ke hape da ntah, tapi aku tak kire aku nak jugak translatekan mende neh... yang mana maksud-nye adalah, "apa yang anda dapat bergantung kepada apa yang anda lihat".

Daripada quotation yang aku amek randomly sape punye ntah, aku nak kait kan mende neh dengan life. To be specific lagi, our life as a muslim.

People, kehidupan neh bukannye kita punya 100%, maka kite bole sesuka suki hati ibu bapa dan jiran tetangga kita je nak buat apa yang kita mawu. Macam quote itu, "what you get", itu kat sini adala bole di referkan kepada "what you get" iaitu KEHIDUPAN kita sekarang. dan "what you see" pula bermaksud, ape yang kita lihat terhadap KEHIDUPAN kita, di mana sebagai seorang muslim, "what you see" from our life, adalah berbeza daripada "what you see" daripada non-muslim punye pandangan.

Kenape pulak aku kate cenggitu? Nak tawu? Meh nak kasik tawu. Ini kerana as a muslim, pandangan kita mustila selari dengan ketetapan Allah.

Macam neh, maksud aku selari dengan ketetapan Allah adalah bila kita melihat hidup dengan penuh kesedaran. Maksud aku kesedaran adalah apabila kita sedar hidup neh bukan la lame mane pon.

Hidup yang tak lame neh la kita harus appreciate sebaek mungken people. Semua orang musti mawu hidup yang sengkat neh jadi penoh makna, yang mana hidup dia tenang, damai, tade masalah mane, bahagia and so on. Tapi semua orang musti tepike-pike, cane nak dapat hidup macam tuh kan.. sebab life itu adala imperfect pon sebenanye.

Hey, sape kate tak bole. Sebenanye, mende tuh bukan la impossible mane pon, sebabnye, life will be meaningful kalu kita pandai kontrol hidup neh. Kontrol maksod aku kat sini bukan la kita totally buat mende ikot suka kita je. Maksud nye kat sini, bile kita hidup based on Allah's "script". Allah's script tuh macam mane eh?

Makna-nya kita hidup berdasarkan ape yang Allah da tetapkan. Kita tinggal ape yang Allah larang. Kita ikot ape yang Al-Quran dan Sunnah dah tetapkan.

Dan aku ada lagi satu quotation yang macam nak dekat2 same la jugak dengan yang kat atas tuh. "Who you are determines how you see". "Who you are"... cane kita nak tawu sape kita sebenanye? Judge diri kite sendiri, sape kite dulu, lepas tuh, baru la "will determines how you see", means kita bole tengok secara clean and clear ape yang terbaek dari ladang untok kehidupan kita. Then baru la senang untok kita dapat mende tuh.

Nak judge diri. Macam mane tuh? Try la tanye sapekah kita? Kita adalah hamba Allah, dan apabila kita sedar kita hamba Allah, then kita akan tengok life neh daripada pandangan yang selari dengan ketetapan Allah, dan kita jugak akan hidup berdasarkan skrip Allah.

Memangla, things r easier said than done kan?
Tapi tade la menjadi satu dosa ke jenayah ke ntok kita try, ye tak?

So people, try la hidup dengan mem-follow skrip Allah, InsyaAllah kita akan dapat apa yang kite nak dalam hidup kita neh. Lihat hidup kita neh selari dengan ape yang Allah tetapkan. Ingatla, kalu kite tersasar daripada ketetapan Allah, kita akan dapat balek mende yang oso tesasar jugak dengan kehendak kita. Jangan la bila jadi macam tuh baru la rase macam rugi je.

Ingatla, kalu kat dunia da rugi, kat "sane" nanti... lagiiiiii la rugi.

Maka.

Keyboard off la dulu ye.

P/S playstation : "manusia dicipta untok selame-nye"- Umar Abd Aziz. Cube Berfikir di luar kotak kenape Umar cakap cenggitu? Sape tawu aku kasik flying kiss mesra dari kejauhan spesial gituuu. hahaha. pasti ramai buat2 ta tawu walaupon hakikatnye tawu, sebab sape je la yang nak aku nye flying kiss. haha. okeh fine. nanti kalu rajen, next entri aku stori da mori eh.